Khamis, 23 Oktober 2008

Kelas Orang Tumpat

Seperti sokmo-sokmo, menjelangnya pemilihan umno. Seluruh masyarakat umno akan membincangkannya sepanjang masa. Tak kira waktu dan tempat tertentu. Meniti dari mulut kemulut sesama mereka. Petang tadi, ambo dikunjungi oleh saing-saing dalam umno. Mari rumah ambo dengan sebuah kereta. Sambil-sambil hirup tea o bercampur dengan halia, kami berbual tentang politik umno di Tumpat dewasa ni.

Saing ambo mulakan dengan mengeluh panjang. Ingatkan bahang kehangatan air yang di teguk. Rupanya mengeluh ngan politik umno Tumpat hari ni. Mereka kesal dan sedih dengan keputusan Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian baru-baru ni. " Sayang" kata mereka," Budak-budak ler ni bertukar antara intan ngan kaca. Kita main parti ni untuk hadapi pilihanraya, bukan sekadar dapat RM100 atau RM150 kita dah te leng. Bertukar takir antara duit lacuran politik dengan duit barakah kurniaan Ilahi". Sambung mereka lagi, " Kalu Dr Asyraf tu royak jah nak masuk PAS, bakali tak dak tangan puak-puak PAS pakat tadah. Ni dok, puak kita pakak yek. Hok hilir sikit pakat nak mapuh".

Ambo buak dok jer. Rupa-rupanya adalagi saki baki nilai perjuangan UMNO dikalangan puak-puak umno di Tumpat ni.

Tiada ulasan: