Selasa, 2 Disember 2008

Jangan bermain api - Pemuda UMNO

Utusan Malaysia - JOHOR BAHRU 30 Nov.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek diingatkan agar jangan sekali-kali bermain api yang boleh membakar kemarahan orang Melayu dengan mengungkit atau mempertikaikan konsep ketuanan Melayu.
Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad berkata, isu tersebut termasuk kontrak sosial telah disepakati dan dipersetujui oleh semua pihak bagi memastikan kestabilan negara dicapai hingga ke tahap sekarang ini."MCA perlu ingat bahawa parti itu sebagai mekanisme pentadbir negara tidak perlu membangkitkan soal yang boleh memecah-belahkan perpaduan atau menimbulkan perasaan sangsi antara kaum," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Soi Lek baru-baru ini yang menyatakan bahawa konsep ketuanan Melayu kini tidak relevan dan ditolak khususnya oleh golongan muda pelbagai kaum.Soi Lek berkata, apa yang lebih penting ialah keseimbangan dalam perkongsian kuasa Barisan Nasional (BN).Rohazam berkata, MCA perlu memahami bahawa konsep itu tidak perlu dipersoalkan kerana ia boleh dilihat sebagai mengancam perpaduan kaum.
Katanya, konsep itu perlu dipertahankan kerana ia adalah faktor penstabilan dalam hubungan kaum dan seterusnya memastikan kelangsungan pembangunan negara bangsa."Jangan sekali-kali mengungkit isu yang sudah lama disepakati ini hanya semata-mata hendak menjadi hero," jelasnya.Katanya lagi, Soi Lek perlu dikenakan tindakan oleh BN kerana sengaja menimbulkan kekacauan dan perasaan tidak puas hati di kalangan orang Melayu."Ia perlu sebagai pengajaran kepada pemimpin lain supaya jangan bermain dengan isu-isu sensitif," tegas beliau.

Selasa, 28 Oktober 2008

Beranikah Kita Untuk Berubah?

Oleh : Mohd Faizal Mohd Salleh

Pilihan Raya Umum ke-12 sejak negara mencapai kemerdekaan telah berlangsung pada 8 Mac 2008 dalam semangat yang mencerminkan bahawa amalan demokrasi di negara kita terus utuh dan terus dipertahankan.

Setiap pihak sama ada parti-parti politik yang bertanding, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pelbagai jentera kerajaan, pasukan keselamatan dan orang-orang perseorangan telah berusaha untuk memelihara kestabilan negara demi menjamin kuasa pemerintahan awam dapat diteruskan.

Sedarlah, Pilihan Raya Umum yang baru berlangsung tujuh bulan yang lalu telah mengubah pola penguasaan politik di dalam negara kita.

Kita bersyukur kerana Barisan Nasional (BN) masih dapat berkuasa menerajui kerajaan pusat, walaupun tanpa kelebihan dua pertiga majoriti. BN turut kehilangan lima buah negeri di samping Kelantan yang masih gagal kita tawan.

Hakikatnya BN berjaya melawan arus perubahan namun bagi kawasan yang dimenangi calon BN terutamanya di kawasan-kawasan pengundi Melayu, majoriti BN mula menurun dan merosot.

Realiti ini tidak membolehkan BN leka dilamun mimpi kejayaan walaupun masih berkuasa. Pola pengundian di kalangan pengundi Melayu wajar dilihat sebagai loceng amaran bahawa pengaruh UMNO dan BN mula tercabar.

Hakikatnya, kita perlu SEDAR realiti ini menuntut kita berfikir secara serius supaya dapat mengenal pasti punca kelemahan hingga UMNO dan BN kini, kurang mendapat kepercayaan rakyat, kurang mendapat kepercayaan dari bangsa kita sendiri, kurang mendapat kepercayaan dari anak-anak muda yang bakal mewarisi kemerdekaan yang telah UMNO perjuangkan sejak 62 tahun yang lalu.

Adakah kita bangga dengan kejayaan kita dalam Pilihan Raya Umum yang lalu. Adakah kita bangga melihat prestasi UMNO dan BN sejak kebelakangan ini, adakah kita bangga menjadi anak merdeka hasil perjuangan UMNO sejak sekian lama ini?

Kemerosotan prestasi UMNO dilukis sebagai kejayaan besar buat parti pembangkang. Kelemahan UMNO telah memberi kekuatan kepada pakatan pembangkang.

Kelebihan undi yang kelihatan memihak kepada pembangkang digembar-gembur sebagai tanda UMNO akan berkubur. Mereka dengan megah membuat pengistiharan akan menawan Malaysia berpandukan Teori Dominonya.

Tarikh 16 September 2008 meletakkan harapan palsu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang sebagai tarikh kejatuhan BN dan tarikh kebangkitan suara rakyat, kononnya.

Mereka kini terus bermimpi, mereka terus memasang cita-cita, mereka terus memberikan harapan agar Malaysia jatuh ke tangan mereka.

Tetapi, sekiranya kita alpa dan lalai, percayalah bahawa mimpi, cita-cita dan harapan pakatan pembangkang untuk menguburkan UMNO dan BN, pasti menjadi realiti.

Walaupun pahit untuk ditelan, walaupun sakit mata memandang, walaupun pekak telinga mendengar... kita harus terima hakikat bahawa masyarakat khususnya orang muda mahu melihat satu pembaharuan, UMNO perlu berubah jika mahu kembali diterima.

Namun, beranikah kita untuk berubah, tepuk dada tanyalah hati kita sendiri?

Jumaat, 24 Oktober 2008

Fikir-fikirkanlah

Seperti kebiasaan, hari jumat begini kedai kopi dikampong ambo penuh sesak. Ada yang godam nasi berlauk, nasi kerabu dan belbagai lagi. Sambil-sambil godam nasi, mulut yang dikurniakan Tuhan tak pernah senyap. Dari tajuk Skim Rondaan Sukarela ke tajuk politik.

Dan alangkah bertuahnya kita, jika kita dapat tadbir negara kita seperti yang kita bualkan di kedai kopi tadi..........

Politik Wang Dalam UMNO

1. Saya mendapat banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam UMNO. Demikianlah keadaan sehingga Dato Seri Dr Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender. Dato Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas.

2. Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

3. Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.

4. Tetapi cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai. Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur.

5. Mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.

6. Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka. Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka.

7. Amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan UMNO, orang UMNO dan pemimpin UMNO. Perasaan benci kepada UMNO sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.

8. Orang ramai melihat UMNO sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.

9. Dalam pilihanraya umum 2004, rakyat memberi sokongan padu kepada BN. Ini adalah kerana rakyat percaya benar yang kepimpinan baru UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi lebih baik daripada yang terdahulu.

10. Antara 2004 dengan 2008 mereka dapat lihat pemerintahan Abdullah dengan rasuah yang berleluasa dan keruntuhan ekonomi. Mereka juga lihat peranan yang dimainkan oleh keluarganya dan kroni mereka dan juga sikap ahli-ahli kabinet. Apa yang mereka lihat meyakinkan mereka bahawa pemerintahan ini tidak baik. Hasilnya ialah keputusan pilihanraya ke-12.

11. Mereka kecewa bahawa Abdullah bukan sahaja tidak membetulkan keadaan tetapi sebaliknya menafikan kekalahan dan penolakan oleh pengundi, termasuk yang terdiri daripada ahli-ahli dan penyokong UMNO dan lain-lain parti komponen.

12. Saya percaya orang ramai amat kecewa melihat mainan wang dalam UMNO sekarang. Wang akan mengalir dengan banyak dan laju semasa dan selepas pencalonan. Rumah terbuka oleh kementerian sedang diadakan dengan menggunakan duit Kementerian. Semasa rumah terbuka kempen untuk pencalonan diadakan.

13. Menjelang pemilihan bulan Mac 2009 lebih banyak lagi acara dan sogokan boleh diadakan. Kemuncak akan tiba apabila wakil ke Mesyuarat Agong tiba di Kuala Lumpur untuk bersidang.

14. Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000.

15. Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok. Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa.

16. Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah. Tetapi seperti disebut di atas apabila pengundi pilihanraya umum sudah benci dan bosan dengan UMNO mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan UMNO. Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang. Dan UMNO akan habis riwayatnya. Mereka yang betul-betul sayang kepada UMNO akan kutuk pemimpin dan ahli UMNO.

17. Inilah akhirnya musibah yang akan diterima kerana tamak, kerana rasuah di kalangan pemimpin dan ahli UMNO.

Khamis, 23 Oktober 2008

Kelas Orang Tumpat

Seperti sokmo-sokmo, menjelangnya pemilihan umno. Seluruh masyarakat umno akan membincangkannya sepanjang masa. Tak kira waktu dan tempat tertentu. Meniti dari mulut kemulut sesama mereka. Petang tadi, ambo dikunjungi oleh saing-saing dalam umno. Mari rumah ambo dengan sebuah kereta. Sambil-sambil hirup tea o bercampur dengan halia, kami berbual tentang politik umno di Tumpat dewasa ni.

Saing ambo mulakan dengan mengeluh panjang. Ingatkan bahang kehangatan air yang di teguk. Rupanya mengeluh ngan politik umno Tumpat hari ni. Mereka kesal dan sedih dengan keputusan Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian baru-baru ni. " Sayang" kata mereka," Budak-budak ler ni bertukar antara intan ngan kaca. Kita main parti ni untuk hadapi pilihanraya, bukan sekadar dapat RM100 atau RM150 kita dah te leng. Bertukar takir antara duit lacuran politik dengan duit barakah kurniaan Ilahi". Sambung mereka lagi, " Kalu Dr Asyraf tu royak jah nak masuk PAS, bakali tak dak tangan puak-puak PAS pakat tadah. Ni dok, puak kita pakak yek. Hok hilir sikit pakat nak mapuh".

Ambo buak dok jer. Rupa-rupanya adalagi saki baki nilai perjuangan UMNO dikalangan puak-puak umno di Tumpat ni.

Bila DAP gesa boikot semua penerbitan Utusan, wajar orang Melayu akur?

Oleh: Meli Kapak Jangak


KONONNYA tidak cukup dengan memboikot akhbar Utusan Malaysia, DAP kini menggesa supaya ia diperluaskan meliputi kesemua tiga akhbar dan 11 majalah terbitan Kumpulan Utusan.

Kalau yang buat gesaan itu adalah pimpinan Pas dan PKR berbangsa Melayu atau pimpinan mana-mana parti politik Melayu, lukanya tidaklah terlalu pedih sangat.

Bila saranan itu dibuat oleh pemimpin utama parti DAP yang halatuju kepimpian, ahli serta DAP itu swendiri, maka sekalian spesis Melayu tanpa mengira fahaman politik pasti bukan sahaja akan terluka, tetapi teramat-amat terluka.

Orang Melayu yang masih ada jati diri dan 'yang masih ada batu pelir' akan melihat gesaan Lim Kit Siang dalam sebuah forum di Dewan Perhimpunan China Selangor dan Kuala Lumpur di ibunegara malam tadi itu sebagai cuba menampal muka Melayu dengan belulang babi muncung gelebek.

Orang Melayu kena tahu sejarah dan peranan Utusan Melayu itu sendiri. Kenapa ia diwujudkan, siapa yang mewujudkannya dan apa peranan yang telah dimain dan disumbangkan. Malaysia belum akan merdeka oleh peranan DAP, tetapi Utusanlah yang banyak berfungsi membangkitkan semangat kemerdekaan.

Utusan tidak boleh dilihat hanya dalam bentuk lembaran akhbar bercetak bernama akhbar atau majalah, tetapi kena dilihat dalam bentuk jati diri dan jiwa bangsa.

DAP dan Pakatan Rakyat sebelum ini memboikot akhbar itu sebagai tindak balas selepas mendakwa akhbar berkenaan menyiarkan laporan yang berat sebelah.

Kalau Utusan dianggap membuat laporan berat sebelah, macam mana dengan akhbar Roket dan Suara Keadilan, malah Harakah juga. Laporan-laporan berkenaan berat berapa blah dalam lapoarananya?

Antara yang dianggap laporan brat sebelah ialah ekoran akhbar terbitan Utusan menyiarkan laporan berhubung isu larangan seruan (perlu disedari bahawa azan bukan LAUNGAN tetapi SERUAN) azan yang membabitkan ahli Parlimen Teresa Kok.

Kalau seruan azan dilarang, akhbar terbitan utusan malah semua akhbar atau majalah serta segala macam media cetak dan elktronik milik orang Islam bukan sahaja kena tetapi wajib melaporkannya bagi tujuan memperingatkan mereka yang terlupa dan memberithau mreka yang tidak tahu bahawa larangan seruan azan dikumandangkan adalah suatu perlakuan dan tindakan biadab di sebuah negara yang beragama-resmikan agama Islam dan majoriti penduduknya beragama Islam.

Tujuan azan selain dari untuk menyeru umat Islam supaya segera ke mesjid untuk sembahyang berjemaah pada setiap waktu, juga bertujuan untuk memperingatkan kepada sekalan makhluk, bukan sahaja makhluk bernama manusia tetapi juga jin dan sebagainya tentang seruan untuk ke syurga.

Ketika seruan azan dikumandangkan, sekalian syaitan dan iblis akan lari lintang pukang sampai terkentut dan tercirit-birit dan syaitan serta iblis hanya akan berhenti berlari sehingga ke jarak tidak akan terdengarnya bunyi azam atau bacaan aayat-ayat al-Quran serta kuliah-kuliah agama.

Demikian betapa tajam dan berbisanya tikaman seruan azam. Larangan supaya seruan azan tidak dikumandangkan supaya ianya didengar ke setiap pelosok dunia bermakna plarangnya adalah juga dari titih syaitan dan iblis yang wajib ditentang hingga ke titisan darah terakhir oleh umat Islam yang masih belum punah iman dan taqwanya.

Sebagaimana akhbar-akhbar dan majalah terbitan Utusan memainan peranan dalam membentuk kesedaran tentang pentingnya negara merdeka, maka ianya juga kena terus memainkan peranan dalam menentang larangan seruan azan dikumandangkan supaya setiap sentimetert bumi Malaysia ini akan ada gema azam pada stiap ali masuk waktu sembahyang.


Sebagaimana ketika bercakap dalam forum bertajuk "Membunuh YB lawan Kebebasan Media", Lim mempertikaikan kualiti laporan akhbar itu yang didakwanya berat sebelah dan tidak profesional, akhbar dan majalah-majalah terbitan Utusan kena bertindak mempertikaikan apa tujuan Lim dan konco-konconya.

Berdasarkan laporan media Lim menyatakan langkah terbaru itu ketika mengulas cadangan yang sama oleh seorang lagi peserta forum itu, penyarah Universiti Malaya (UM) dan penulis blog terkenal Dr Azmi Sharom.

Kalau itulah sikap Dr Azmi Sharom anak Melayu yang berjawatan sebagai pensyarah, baginya beliau kena masuk TDIKA semula untuk belajar tentang sejarah bangsa dan keperluan bercakap dan berjuang atas nama orang Islam kerana tidak semestinya apa yang Melayu boleh, Islam juga boleh. Melayu tidak sem,estinya Islam dan Islam tidak semestinya Melayu.

Laporan media juga menyebut turut menyokong saranan tersebut ialah seorang lagi ahli panel, penulis blog Haris Ibrahim. Haris menyarankan supaya pengiklan menarik balik iklan mereka di akhbar itu selain menuntut orang ramai terus memboikot akhbar berbahasa Melayu popular itu.

Bagi saya manusia Melayu spesis ini sudah babuk dan rosak nila dan kualiti Melayunya. Melayu-Melayu tadi pasti akan menjadi spesis Melayu yang akan dibenci oleh majoriti Melayu. Melayu bernama Haris Ibrahim patut merasa umpama dengan m,engunyah daging babi bila sanggup berkata "Kalau hendak serang balas, seranglah di tempat yang paling berkesan," ketika menjawab soalan hadirin mengenai tindakan seterusnya untuk menghadapi Utusan Malaysia.

Kononnya simbolik kepada pemboikotan itu, kelima-lima mereka mengangkat kain rentang bertulis "boikot Utusan" di akhir program. Ahli panel turut menerima seorang satu kain rentang yang disampaikan oleh ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua. Ahli panel lain ialah Teresa dan Ketua Editor Roket, Wan Hamidi Hamid (Melayu????????).

Bagi saya, Melayu yang bercakap tentang pemboikotan akhbar dan majalah-majalah terbitan Utusan patut meraba di celah kelangkang masing-masing sambil bertanya apakah masing-masing masih ada roh Melayu.

Percayalah walaupu berbilion RM dibelanjakan setiap saat bagi memampuskan Utusan, ianya tidak akan berhasil kerana Utusan hidup kerana dirohkan oleh Melayu yang mengikut sumpah Hang Tuan, TIDAK 'KAN MELAYU HILANG DI DUNIA.

Pemboikot dan mereka yang bersongkol dengan pemboikot akhbar dan majalah-majalah terbitan Utusan patut merasa Melayu dan merasakan bahawa mereka adalah pengkhianat kepada tanaman benih dan pohonan nasionalis Melayu yang dibayangi nur Islam.

Saya yakin pengkhianat-pengkhianat itu dengan izin Allah akan mati dalam keadaan terhina, malah tidak mustahil antaranya akan disambar petir, apatah lagi bagi yang menganggap tindakan untusan yang melaporkan tulisan berbentuk menentang larangan seruan azan dianggap sebagai laporan berat sebelah sedangkan seruan azan itu adalah seruan ke syurga, seruan Islam, seruan Allah dan Rasul-Nya.